Salam keada semua..sempena hari bapa ini aku ingin mengucapkan Selamat hari Bapa kepada semua bapa-bapa, semoga anda dpt menjadi contoh terbaik dlm mendidik anak anda..kepada anak-anak pula jangan sesekali anda melupakan jasa bapa anda setelah sekian lama bapa anda berhempas pulas dlm mencari rezeki utk memberikan yg terbaik kpd anda, aku juga tidak ketinggalan melahirkan rasa syukur kerana pernah mempunyai seorg bapa yg sgt penyayang dan tidak pernah mengabaikan aku walaupun aku hanya sempat bersamanya selama 15 tahun dan malangnya dia telah pergi dahulu meninggalkan aku sekeluarga. Tidak dinafikan perasaan sedih sewaktu dia meninggalkan aku amat dirasai sehingga sekarang, pernah aku tido mimpikan arwah bapa aku, aku menangis teresak2 dlm mimpi sehingga terjaga dr tido, airmata aku msih mengalir. Aku dulu begitu manja skali dgn arwah bapa, aku pun anak bongsu dan lelaki tunggal dlm famili so mmg aku amat di kasihi dan diberi apa shj aku dimahukan. Bapa aku sentiasa membuat aku gembira, bawa aku jalan2 dan selalu menyelamatkan aku drpd di pukul oleh mak aku hehe biasalah aku time budak2 dulu nakal ckit. Dia selalu hantar aku ke sekolah pd waktu pg dgn motor, dia slalu cium pipi aku, dan selalu suruh aku mengurut bdn dia. Dia adalah bapa yg terbaik yg xkan ada pegantinya dlm hidup aku. Dia meninggal dunia pada usia aku 15thun, beberapa bulan sebelum aku menduduki PMR, begitu cpat sekali dia meninggal tanpa sempat aku membalas segala jasanya dan menunjukkan betapa sygnya aku terhadap dia. Aku sentiasa menyayangi dan merindui dia sampai bila2, aku akan buktikan yg aku xkan sia2kan hidup dan aku percaya dia nk tgk aku berjaya. Sekarang ni pun aku nak fokus kepada famili aku, terutama mak aku, dialah satu2nya yg aku ada skrg ini, so aku xkan sesekali hancrukan hatinya, insyaAllah.. sedekahkanlah Al-Fatihah utk bapa aku, semoga roh dia ditempatkan dgn org2 beriman...aminn
No comments:
Post a Comment