Alhamdulillah... pada 29 April 2012 lepas genap umur aku 24 tahun, aku berasa sgt teruja bila usia sudah meningkat dewasa, banyak yg perlu diperbaiki utk menjadikan diri ini lebih bermatang dalam pemikiran dan juga melakukan sesuatu dgn berfikir secara rasional. Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana memanjangkan usia aku ni dgn kesihatan yg baik sepangjang 24 tahun hidup di mukan bumi ciptaan-Nya.
Pada hari jadi aku utk tahun ini, tidak seperti tahun2 sebelumnya dimana selalunya aku menyambut birthday pada musim final exam haha tapi kali ini ketika aku sdg menjalani internship dan yg bestnya birthday aku jatuh jd pd hari ahad. Aku sgt terharu bila mama dan adik aku sanggup dtg dr Penang ke KL utk sama2 menyambut hari jadi aku bersama adik aku yg lahir pada 23 April..so da alang2 aku celebrate sekali bersama adik aku kt Pizza Hut Jusco Setiawangsa AU2, terima kasih byk2 kepada famili aku dan juga kepada semua rakan2 yg memberi ucapan selamat hari jadi utk aku Aku sgt2 menghargainya. Thanks a lot :>
Love is about hapiness, show your love in yourself towards family, partner, friends, and others

Tuesday, 1 May 2012
Wednesday, 18 April 2012
Futsal di Seksyen 6
Sekarang ni, aku ada tugas baru yg harus dilakukan dimana aku perlu menjaga orang yg hendak bermain futsal di Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam. Dapat gak la sikit duit drpd kerja mcmni, just tlg bukakan lampu padang futsal dan ambil duit sewa yg dikenakan bergantung kepada berapa jam diorg gunakan untuk bermain futsal. Tempat futsal ni dibuka setiap hari di mana sewa pada waktu SIANG : RM 30/HOUR
dan MALAM: RM 50/HOUR sahaja..
Selain itu, pada 28hb April ini, Pertandingan Futsal akan diadakan di sini pada pukul 8 pagi, dimana yuran penyertaan bagi setiap kumpulan dengan jumlah 8 orang satu pasukan adalah RM 150 sahaja. Hadiah akan yang diberi untuk tempat pertama adalah wang tunai bernilai RM 1000 beserta cenderahati, tempat kedua pula RM 700 dan cenderahati dan untuk tempat ketiga ialah RM 500 dan cenderahati. Kepada sesiapa yg berminat bolehlah dial num 03-5511 8236 untuk maklumat lanjut.
dan MALAM: RM 50/HOUR sahaja..
Selain itu, pada 28hb April ini, Pertandingan Futsal akan diadakan di sini pada pukul 8 pagi, dimana yuran penyertaan bagi setiap kumpulan dengan jumlah 8 orang satu pasukan adalah RM 150 sahaja. Hadiah akan yang diberi untuk tempat pertama adalah wang tunai bernilai RM 1000 beserta cenderahati, tempat kedua pula RM 700 dan cenderahati dan untuk tempat ketiga ialah RM 500 dan cenderahati. Kepada sesiapa yg berminat bolehlah dial num 03-5511 8236 untuk maklumat lanjut.
Friday, 6 April 2012
Tenang Di Sini
Setelah 5 hari bekerja utk minggu ini, hari ini aku nk mengambil kesempatan utk merehatkan diri dirumah kakak saya di Gombak.Ikutkan hati rasa malas da nk teruskan prktikal ni tp nk wat mcmne perjuangan harus diteruskan hinga sampai penghujungnya. Lepas balik kerja td aku terus memandu ke rumah kakak aku meskipun aku tahu aku terpaksa menempuhi jalan raya yg penuh sesak, maklumlah time org balik kerja tp nk wat mcmne sb aku da mls da nk balik rumah kt Shah Alam lg. Sampai je rumah kakak terasa penat hilang seketika bila melihat muka 2 org anak sedara yg sgt comel dgn telatah mereka, penat terasa hilang seketika, ini mmg yg aku mahukan sb aku terlalu rindu kt diorg, termasukla dgn 2 org lg anak sedara yg berada di Penang, tp apakan daya aku hanya mampu memandu sampai ke Gombak shj hurm xtaw lg berapa mlm nk tido sini, tgk pada keadann, apa yg pada aku rs tenang disini dgn adanya anak sedara utk bermain. Untuk ibu, adik n anak2 sedara aku kt Penang, sesungguhnya saya sgt merindui anda, xsbr utk pulang ke kg halaman.
Sunday, 1 April 2012
Mirror Mirror
Sabtu lepas tanpa plan apa2 aku berkesempatan utk menonton Mirror Mirror kt Jusco Bukit Raja, dekat je ngn rumah sewa aku. Aku g ngn member baik aku, dialah yg mengajak tgk citer ni, sb pd awalnya igt nk rileks2 je kt rumah memandang malam nti nk kua g jimba2 haha tp apepun xrugi la tgk filem ni. Walaupun kita dah tahu mcmne jalan citer kartun Snow White yg kita tgk pd zaman dulu2 tp filem ni bagi nafas baru supaya dpt menarik perhatian ramai lg dgn adegan2 menarik beserta dgn telatah2 lucu yg lari sedikit dr citer asal. Anda juga pasti tertarik dgn pelakon pegang watak Snow White ni sb dia mmg sgt cntik, begitu juga dgn putera raja yg kacak orgnya, dah mmg citer fairytale prince kena r kacak dan princess kena la jelita. Yang paling aku suka sekali tgk Julia Roberts dlm citer ni yg sgt awesome pegang watak queen evil, walaupun muka dia sweet mcm org2 baik tp dia still mampu menjadi seorg yg jahat, sememangnya Julia Roberts xpnh mengecewakan. Okla sesapa yg xtgk lg filem Mirror Mirror jgn lupa g tonton filem yg fun n tidak membosankan ini.
Thursday, 29 March 2012
Tabiat Makan Yang Melampau
Sejak kebelakangan entah kenapa selera makan aku makin bertambah, sukar sekali nk dibendung, kalau makan makanan yg menyihatkan xpe la gak, ini pulak makan makanan yg entah ape2...Aduhh, naik risau aku, yg paling risau skali takot berat badan aku ni naik, sekarang ni ni work out pun da xde busy, lpas balik kerja da penat, weekend pulak ada hal. Aku sendiri tension dgn diri aku yg semakin kuat makan ini, lama2 mcmni gemukla aku, pdhal bukan tgl ngn mak aku, rs2nya kalau stay ngn mak aku lg bertambah tembam la aku.
Sekarang ini aku cuba sedaya upaya untuk menahan nafsu makan aku dan sekaran aku dah start senaman sikit2, cuma srkg ni aku nk cr sikit masa utk aku start berjoging balik sebab risau perut da naik dan muka pulak da tembam..tgk cermin pun da seram pulak. Plus aku ni sgt la suka dan mengagumi dgn org yg tahu nk jaga badan diorg. Hopefully aku dpt mengurangkan g berat badan ni :>
Wednesday, 28 March 2012
Dr Seuss The Lorax
Hujung minggu lalu aku berkesempatan menonton movie citer Dr Seuss The Lorax dkt GCS Alamanda Putrajaya. Pada mulanya niat dihati nk tgk citer seram, Women In Black tp malangnya xde dalam tayangan, Hunger Games pulak penuh, tgl seat depan jer so aku tukar fikiran tgk filem kartun tp it's ok aku xbuat kesilapan utk menonton The Lorax ni kerana jalan citernya sgt menarik disamping karakter-karakter yg sgt comel dan mencuit hati. The Lorax mengisahkan tentang sebuah bandar yg kepupusan tumbuh-tumbuhan di mana semua pokok dicipta dgn plastik. Terdapat seorg kanak-kanak lelaki berusaha utk mendapatkan pokok semula jadi demi untuk memikat hati gadis idamannya. Dalam pencarian itu kanak-kanak terpaksa terpaksa melalui pelbagai dugaan utk mencari pokok yg betul. Nak citer byk2 xlarat nk taip lgpun nti xsurprise la hehe apekata korg g tonton sendiri movie tu di pawagam pasti tidak menyesal.
Monday, 26 March 2012
Tentang Kompleks Belia dan Kebudayaan
Hari ni saya nk citer sikit tentang tmpt praktikal saya di Kompleks Belia dan Kebudayaan sec 7 Shah Alam. Saya bekerja under department MSNS Holdings Sdn Bhd dimana syarikat ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti Dewan Raja Muda, Dataran Karyawan, padang bola, bilik mesyuarat dan sebagainya untuk disewakan kepada org ramai yg ingin membuat event, sukan, kenduri kahwin dan juga lain-lain. Segala informasi tentang sewa dewan ini anda boleh la dtg ke Kompleks Belia dan Kebudayaan di tingkat 4, yg terletak di Seksyen 7, berhadapan dgn UNISEL. Selain itu, saya bersama kawan sdg dlm perancangan utk mengadakan sebuah event di kompleks ini khusus utk seisi keluara..event ape?? nantikan kemunculannya hehe
Wednesday, 21 March 2012
Update apa yg patut!
Da lama giler xupdate status..maklumlah rumah xde internet tp di kesempatan ni aku mengambil keputusan utk bercerita tentang perkembangan terbaru aku hahaha aku baru sj memulakan internship aku kt sebuah event company Majlis Sukan Negeri Selangor yg terletak dlm Komples Kebudayaan dan Belia kt seksyen 7 Shah Alam, so far kerja kt situ kira okla walaupun agak sedikit bosan myb sb xde kerja sgt, Event company ni lebih fokus kpd event2 sukan dan juga sbg agen utk menyewa dewan ataupun padang. Setakat 2 mgu aku berpraktikal kt sini kerja xbape nk berat lg la, tp tgu la nti bila da nk kena start organize event..abislahh.. Aku berharap sem ni akan berjalan dgn lancar dan aku dpt menamatkan pelajaran aku dgn jayanya. Wish me luck ok! TQ
Sunday, 8 January 2012
My first post in 2012
Agaknye nape la aku jarang2 nak tulis kt blog ni hurm sb aku ni sbnrnya xtahu ape yg nk di tulis, kalau ade topik pun aku xberkesempatan utk menulis pulak smpai topik tu da jd basi haha neway rsnye belum terlewat utk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada sesiapa shj yg mengenali diri ini. Aku rs bersyukur sgt bermulanya tahun ini segala benda yg baik2 berlaku semoga ia akan berterusan sepanjang tahun ini. Neway spt yg kita pnh dgr sblm ni byk rumours mengatakan tahun 2012 ini akan berlaku satu bencana alam yg besar atau dlm erti kata lain akan berlakunya hari kiamat, hurm apepun biarlah perkara ni Allah SWT shj yg tahu dan menentukan, kita sbg umatnya haruslah sentiasa beringat tentang perkara mcm ni dan sentiasa melakukan amalan yg dirahmati utk menjadi insan yg lebih mulia di sisi Allah SWT, aku sndiri pun manusia biasa yg byk dosa yg dilakukan, mmg susah utk meninggalkan perkara duniawi yg byk melalaikan aku, aku akan cuba sedaya upaya utk memperbaiki diri terhadap agama, apepun kita sama2 berdoa semoga kita semua diberikan petunjuk utk menjadi insan yg lebih baik. Dgn harapan tahun 2012 ni menjadi embaran baru utk kita dlm memajukan diri sendiri, semua itu atas dasar kehendakk kita sendiri bukan org lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)