Sekarang ni, aku ada tugas baru yg harus dilakukan dimana aku perlu menjaga orang yg hendak bermain futsal di Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam. Dapat gak la sikit duit drpd kerja mcmni, just tlg bukakan lampu padang futsal dan ambil duit sewa yg dikenakan bergantung kepada berapa jam diorg gunakan untuk bermain futsal. Tempat futsal ni dibuka setiap hari di mana sewa pada waktu SIANG : RM 30/HOUR
dan MALAM: RM 50/HOUR sahaja..
Selain itu, pada 28hb April ini, Pertandingan Futsal akan diadakan di sini pada pukul 8 pagi, dimana yuran penyertaan bagi setiap kumpulan dengan jumlah 8 orang satu pasukan adalah RM 150 sahaja. Hadiah akan yang diberi untuk tempat pertama adalah wang tunai bernilai RM 1000 beserta cenderahati, tempat kedua pula RM 700 dan cenderahati dan untuk tempat ketiga ialah RM 500 dan cenderahati. Kepada sesiapa yg berminat bolehlah dial num 03-5511 8236 untuk maklumat lanjut.
Love is about hapiness, show your love in yourself towards family, partner, friends, and others

Wednesday, 18 April 2012
Friday, 6 April 2012
Tenang Di Sini
Setelah 5 hari bekerja utk minggu ini, hari ini aku nk mengambil kesempatan utk merehatkan diri dirumah kakak saya di Gombak.Ikutkan hati rasa malas da nk teruskan prktikal ni tp nk wat mcmne perjuangan harus diteruskan hinga sampai penghujungnya. Lepas balik kerja td aku terus memandu ke rumah kakak aku meskipun aku tahu aku terpaksa menempuhi jalan raya yg penuh sesak, maklumlah time org balik kerja tp nk wat mcmne sb aku da mls da nk balik rumah kt Shah Alam lg. Sampai je rumah kakak terasa penat hilang seketika bila melihat muka 2 org anak sedara yg sgt comel dgn telatah mereka, penat terasa hilang seketika, ini mmg yg aku mahukan sb aku terlalu rindu kt diorg, termasukla dgn 2 org lg anak sedara yg berada di Penang, tp apakan daya aku hanya mampu memandu sampai ke Gombak shj hurm xtaw lg berapa mlm nk tido sini, tgk pada keadann, apa yg pada aku rs tenang disini dgn adanya anak sedara utk bermain. Untuk ibu, adik n anak2 sedara aku kt Penang, sesungguhnya saya sgt merindui anda, xsbr utk pulang ke kg halaman.
Sunday, 1 April 2012
Mirror Mirror
Sabtu lepas tanpa plan apa2 aku berkesempatan utk menonton Mirror Mirror kt Jusco Bukit Raja, dekat je ngn rumah sewa aku. Aku g ngn member baik aku, dialah yg mengajak tgk citer ni, sb pd awalnya igt nk rileks2 je kt rumah memandang malam nti nk kua g jimba2 haha tp apepun xrugi la tgk filem ni. Walaupun kita dah tahu mcmne jalan citer kartun Snow White yg kita tgk pd zaman dulu2 tp filem ni bagi nafas baru supaya dpt menarik perhatian ramai lg dgn adegan2 menarik beserta dgn telatah2 lucu yg lari sedikit dr citer asal. Anda juga pasti tertarik dgn pelakon pegang watak Snow White ni sb dia mmg sgt cntik, begitu juga dgn putera raja yg kacak orgnya, dah mmg citer fairytale prince kena r kacak dan princess kena la jelita. Yang paling aku suka sekali tgk Julia Roberts dlm citer ni yg sgt awesome pegang watak queen evil, walaupun muka dia sweet mcm org2 baik tp dia still mampu menjadi seorg yg jahat, sememangnya Julia Roberts xpnh mengecewakan. Okla sesapa yg xtgk lg filem Mirror Mirror jgn lupa g tonton filem yg fun n tidak membosankan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)